Selasa, 16 Jun 2009

KARNIVAL JOM INTERNET HULU BERNAM



Karnival ini dianjurkan pada 8 febuari 2009 di Padang Awam Hulu Bernam, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. karnival tersebut mendapat sambutan hebat oleh penduduk sekitar Hulu Bernam dan Tanjung Malim. Terdapat pelbagai aktiviti seperti sukaneka kanak-kanak, sukaneka remaja/ dewasa dan gerai-gerai kecil untuk penduduk sekitar berniaga.

Khamis, 21 Mei 2009

KARNIVAL ANJURAN 3 PPIK DAN JKKK

Ahli Jawatan kuasa PPIK Hulu Bernam

Ajk Hulu Bernam bersama Pn. Norliah sewaktu menjadi penyelia PPIK Hulu Bernam. Masa tu saya belum jadi penyelia lagi.


KETUA KG HULU BERNAM TENGAH BERBINCANG MELAKARTENGAH MELUKIS INILAH HASIL NYA
Aktiviti mengenal komuniti, lukis Peta Kedudukan PPIK Hulu Bernam.

Selasa, 13 Januari 2009

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke PPIK Hulu Bernam.
Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti (PPIK) Hulu Bernam, Selangor, mengucapkan selamat datang. KementerianTenaga air dan komunikasi berhasrat untuk menjadikan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komunikasi (PPIK) dan seterusnya merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), Klinik, Perpustakaan dan sebagainya kearah mewujudkan suatu rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Community Knowledge Network)

PENGENALAN

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) adalah program dibawah Projek Universal Servise Provision (USP) yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Tujuan program ini, bagi merapatkan jurang digital bagi semua lapisan masyarakat.

MATLAMAT

  • Selari dengan namanya, iaitu Pusat Perkhidmatan dan ilmu komuniti, matlamat jangka panjangnya adalah menghasilakan masyarakat yang berpengetahuan atau dengan kata lain disebut juga sebagai " knowledge Society" atau k-society.
  • Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.
  • Menerusi kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelanjaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.

OBJEKTIF

  • Memberi platform untuk masyarakat setempat memberi sumbangan samaada dari segi idea, tenaga atau material terhadap kesejahteraan PPIK dan seterusnya merasa bertanggungjawab terhadap PPIK (Community engagement, training, participation, development, promotion & marketing, and social entrepreneurship).
  • Sebagai badan yang mempromosi aktiviti-aktiviti PPIK kepada seluruh lapisan masyarakat.
  • Memotivasikan masyarakat supaya mendaya guna fasiliti PPIK bagi pembangunan komuniti,
  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PPIK kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  • Membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial.
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai bidang terutamanya ICT dan pembangunan komuniti.
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.